Monday, May 12, 2008

PS2 CHALLENGE

Welcome To Our Blog!
We would like to inform everyone that we are organizing a PS2 (Playstation2)Challenge from 16th to 18th May at Dataran Stadium Bukit Jalil. FYI, on the 16th will be a registration day and all the games will begin on 17th & 18th. You will get your game schedule right after your registration. For those who interested, you need to come and submit your forms at our booth on the 16th because we're not providing any online registration. It's a carnival actually, so you can walk around and enjoy yourself while waiting for your registration:-) Our booth will be open from 11am onwards. There will be 3 games for the challenges (Winning Eleven 14, Tekken 5 & Guitar Hero 3) and fees for every game is only RM3. All entries are on first come first serve basis and almost limited which is 160peoples for WE14 and 80peoples each for Tekken5 and Guitar Hero3. Each person can take part in either categories or you can enter all three of them. All forms, information on the games itself and rules can be downloaded from the link given. If you have any trouble with the download link, just give a message at my email (lelebah@gmail.com). We welcome everybody to join our challenge! So come down, show your skills, earn prize and respect this weekend. See you later!

Download Registration Form
Download Registration Form (2nd Link)



Event Schedule:

JUMAAT 16/05/2008

10AM - 9PM
SESI ‘MARI MENCUBA’
11AM
PENDAFTARAN DIBUKA

SABTU 17/05/2008

9AM – 10.45AM
WINNING ELEVEN 14 LIGA SESI 1 (W01 - W10)
11AM – 12.45AM
WINNING ELEVEN 14 LIGA SESI 2 (W11 – W20)
1PM – 1.40PM
TEKKEN 5 LIGA SESI 1 (T01 – T10)
1.40PM – 2.20PM
TEKKEN 5 LIGA SESI 2 (T11 – T20)
2.20PM – 2.40PM
TEKKEN 5 KALAH MATI 1
2.45PM – 4.30PM
WINNING ELEVEN 14 LIGA SESI 3 (W21 – W30)
4.45PM – 6.30PM
WINNING ELEVEN 14 LIGA SESI 4 (W31 – W40)
6.40PM – 7.40PM
WINNING ELEVEN 14 KALAH MATI 1
7.50PM – 8.40PM
GUITAR HERO 3 LIGA SESI 1 (G01-G10)
8.45PM – 9.35PM
GUITAR HERO 3 LIGA SESI 2 (G11-G20)
9.45PM – 10PM
GUITAR HERO 3 KALAH MATI 1

AHAD 18/05/2008

9AM – 9.30AM
WINNING ELEVEN 14 KALAH MATI 2
9.45AM – 11.15AM
WINNING ELEVEN 14 LIGA 20 PESERTA
11.20AM – 11.50 AM
WINNING ELEVEN 14 SUKU AKHIR
12PM – 1PM
TEKKEN 5 LIGA 20 PESERTA
1.10PM – 1.20PM
TEKKEN 5 SUKU AKHIR
1.30PM – 2.30PM
GUITAR HERO 3 LIGA 20 PESERTA
2.40PM – 2.50 PM
GUITAR HERO 3 SUKU AKHIR
3PM – 3.15PM
TEKKEN 5 SEPARUH AKHIR
3.20PM – 3.35PM
GUITAR HERO 3 SEPARUH AKHIR
3.40PM – 4PM
WINNING ELEVEN 14 SEPARUH AKHIR
4.05PM – 4.20PM
TEKKEN 5 AKHIR & TEMPAT 3/4
4.25PM – 4.40PM
GUITAR HERO 3 AKHIR & TEMPAT 3/4
4.45PM – 5.05PM
WINNING ELEVEN 14 AKHIR & TEMPAT 3/4
5.15PM
UPACARA PENYAMPAIAN HADIAH

Rules :

PERATURAN ASAS PERTANDINGAN

  1. Semua peserta akan diberi Kad Penyertaan masing-masing. Di atas kad tersebut terpapar nombor penyertaan yang mewakili maksud tertentu:

- Huruf pertama : Permainan yang disertai

(W- Winning Eleven 14, T-Tekken 5, G-Guitar Hero 3)

- 2 nombor tengah : Liga peserta tersebut berada

- Huruf terakhir : Kedudukan peserta dalam liga

Contoh: W 12 C

Peserta permainan Winning Eleven , berada di liga ke 12, kedudukan ketiga (C) dalam liga

- Terdapat 10 stesyen dalam pertandingan ini, kedudukan liga peserta adalah seperti berikut:

Liga 1-10 : Peringkat liga sesi 1

Liga 11-20 : Peringkat liga sesi 2

Liga 21-30 : Peringkat liga sesi 3

Liga 31-40 Peringkat liga sesi 4

Peserta liga 1 sesi 1 akan bermain di stesyen 1 dan begitulah seterusnya.

- Peserta perlu memastikan Kad Penyertaan berada dalam keadaan selamat dan dipegang oleh peserta sendiri sepanjang pertandingan berlangsung. Kad ini merupakan tanda penyertaan sesorang peserta.

2. Peserta dikehendaki berada di stesyen masing-masing 10 minit sebelum liga bermula. Sila rujuk jadual pertandingan semasa pendaftaran. Sepanjang perlawanan liga tersebut berjalan, peserta tidak dibenarkan meninggalkan kawasan stesyen.

3. Peserta dibenarkan membawa Joystick masing-masing. Semua jenis Joystick yang sesuai dengan Konsol dibenarkan termasuk jenis gitar.

4. Peserta tidak dibenarkan muat turun strategi atau sebarang maklumat dari Memory Card sendiri. Sebarang penggunaan Memory Card tidak dibenarkan.

5. Sekiranya berlaku kegagalan pada TV atau Konsol PS2 ketika permainan sedang berjalan, permainan akan dimulakan semula dari awal, tidak mengambil kira kedudukan semasa ketika kegagalan berlaku.

6. Segala tindakan yang melanggar peraturan asas dan peraturan permainan akan dibatalkan permainan tersebut, peserta dikira kalah. Pihak penganjur juga berhak membatalkan terus pertandingan peserta sekiranya didapati perlu.

7. Peserta dikehendaki mematuhi arahan pegawai pertandingan pada setiap masa. Segala keputusan pegawai pertandingan dan penganjur adalah muktamad.


WINNING ELEVEN 14

  1. Permainan dijalankan menggunakan World Soccer Winning Eleven 14.
  2. Peserta boleh menggunakan mana-mana pasukan KELAB yang terdapat di dalam senarai.
  3. Setiap peserta akan bermain 3 kali, menentang semua peserta dalam liga tersebut.
  4. Setiap peserta perlu memaklumkan kepada pegawai pertandingan pasukan yang akan digunakan sebelum setiap perlawanan. Peserta tidak boleh menukar pasukan setelah mengetahui pasukan yang akan digunakan oleh pihak lawan.
  5. Peserta hanya dibenarkan menukar formation dan pemain sahaja. Tidak dibenarkan sama sekali ‘marking player’.
  6. Masa yang diberi untuk menukar pemain dan formation sebelum permainan hanya 1minit sahaja. Peserta tidak dibenarkan sama sekali untuk pause semasa perlawanan melainkan untuk menukar kicker ataupun menukar pemain yang cedera. Pada separuh masa, peserta diberi 30saat untuk membuat sebarang perubahan.
  7. Ciri-ciri setting yang digunakan ialah:

- Time : 10 minit

- Condition : Excellent (Merah)

- Weather : Fine

- View : Wide

- Injury : Yes

- Substitution:3

8. Permainan liga akan dijalankan seperti format liga biasa.

- Menang : 3 mata

- Seri : 1 mata

Peserta tempat pertama dan kedua dalam liga akan layak ke pusingan seterusnya. Sekiranya mata peserta sama, maka jumlah perbezaan gol yang lebih akan layak, dan jika sama juga, peserta yang menjaringkan lebih gol akan layak, seterusnya peserta yang menang dalam perlawanan antara satu sama lain layak, jika tiada perbezaan juga, ia akan ditentukan dengan sepakan penalti.

9. Bermula peringkat kalah mati, setiap perlawanan dijalankan sepenuh masa, sekiranya kedudukan seri, extra time akan dijalankan dan seterusnya ditentukan dengan sepakan penalti. Permainan peringkat suku akhir dan ke atas akan dijalankan selama 15minit

TEKKEN 5

  1. Permainan dijalankan menggunakan Tekken 5.
  2. Permainan akan dijalankan dalam ARCADE MODE, 60 saat setiap pusingan.
  3. Setiap peserta akan bermain 3 kali, menentang semua peserta dalam liga tersebut
  4. Peserta dibenarkan memilih mana-mana character yang ada.
  5. Setiap peserta perlu memaklumkan kepada pegawai pertandingan character yang akan digunakan sebelum setiap perlawanan. Peserta tidak boleh menukar character setelah mengetahui character yang akan digunakan oleh pihak lawan.
  6. Masa yang diberi untuk memilih character adalah mengikut masa yang ditetapkan didalam permainan tersebut.
  7. Setiap perlawanan dijalankan secara best of 5. Peserta yang mendapat 3 kemenangan dikira menang. Mata dalam liga dikira:

- Menang : 3 mata

Peserta tempat pertama dan kedua dalam liga akan layak ke pusingan seterusnya. Sekiranya mata peserta sama, peserta dengan jumlah perbezaan kemenangan yang lebih akan dikira layak. Sekiranya sama, maka pertemuan antara kedua-dua peserta tersebut diambil kira.

8. Permainan peringkat suku akhir dan keatas akan secara best of 9. Peserta yang mendapat 5 kemenangan dikira menang.

GUITAR HERO 3

  1. Permainan dijalankan menggunakan Guitar Hero 3.
  2. Permainan akan dijalankan dalam BATTLE MODE.
  3. Setiap peserta akan bermain 3 kali, menentang semua peserta dalam liga tersebut
  4. Peserta dibenarkan untuk membuat perubahan pada watak dan gitar yang terdapat dalam pilihan sahaja. Masa yang diberi hanya 30 saat.
  5. Lagu akan ditetapkan oleh pegawai pertandingan. Pemilihan akan dibuat berdasarkan 8 lagu yang terdapat dalam permainan. Sebarang bantahan atau permohonan penukaran lagu tidak akan diterima. Untuk peringkat suku akhir dan ke atas, lagu yang dipilih adalah berdasarkan lagu seterusnya yang terdapat dalam permainan. 8 lagu asal yang terdapat tidak akan digunakan lagi.
  6. Peserta berhak memilih Level masing-masing. Pemilihan Level hendaklah dimaklumkan kepada pegawai pertandingan sebelum perlawanan bermula. Peserta tidak boleh menukar Level setelah Level ditetapkan oleh pihak lawan.
  7. Permainan liga akan dijalankan seperti format liga biasa:

- Menang : 3 mata

- Seri : 1 mata

Tiada perlawanan Sudden Death akan dijalankan pada peringkat liga. Peserta tempat pertama dan kedua dalam liga akan layak ke pusingan seterusnya, sekiranya terdapat mata yang sama, perlawanan Sudden Death akan diadakan untuk peserta yang terlibat. Untuk pusingan kalah mati, sekiranya tiada pemenang selepas tamat lagu, perlawanan Sudden Death akan diadakan.


Labels: ,

Read more!

1 Comments:

Blogger Noah Mohd said...

http://groups.myspace.com/devent

May 13, 2008 6:01 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home